Posts Tagged ‘Wedding’
Cake ni tempahan Azura dari Chemor. Mulanya ingatkan untuk perkahwinan dia…rupanya untuk Azura yang lain. Kebetulan sama nama
Wedding cake kali ni bertemakan warna hijau dan putih. Tapi, disebabkan kek ni lain perisanya…seperti biasa nampak beza sikit. Kek yang bawah chocolate moist dan atas tu mocca.
Kali ini NR Yummie diberi tugas untuk menyiapkan kek perkahwinan “Ira dan Adi”. Kek ini dipesan oleh sepupunya NuWorld yang bekerja di Kuala Lumpur. Warna tema perkahwinan mereka adalah warna oren….yang sememangnya memang berseri-seri sekali. Kek diminta untuk dihantar ke Dewan Bankuasi Carsem, di mana majlis perkahwinan tersebut dilangsungkan. Pertama kali berjumpa dengan Nuworld @ Yul semasa di dewan tersebut. Orangnya manis dan mesra sekali Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan berkaitan dengan kek perkahwinan mereka.




