HARI IBU 2010
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sebelum itu, pihak kami mohon maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang-pemenang Cabutan Bertuah Hari Ibu 2010.
Berikut adalah pemenang-pemenang yang bertuah.
Hadiah Pertama
(Langganan Majalah Anjung Seri selama 6 bulan)
Pn. Finyz (Kuala Lumpur)
Hadiah Kedua
(Langganan Majalah NUR selama 6 bulan)
Cik Asnida Yaacob (Setiawan)
Hadiah Ketiga
(Sebuah novel terbitan Alaf 21)
Pn. Zarin (Kuala Lumpur)
Kami akan menghubungi pemenang-pemenang melalui email masing-masing dan sekali lagi Sekalung Tahniah kami ucapkan kepada semua.
Salam hormat,


Pandan Layered ni tempahan terakhir bersempena dengan sambutan Hari Ibu 2010. Tempahan di datang daripada Datin Esah (isterinya YB Dato’ Nazri – Adun Manjoi). Thank you so much Datin

Masih ada lagi cupcakes untuk Hari Ibu yang belum diupload. Ni tempahan daripada Nurul Rodziah untuk ibunya di Siputeh.
Salam untuk semua yang dihormati,
Sambutan Hari Ibu 2010 sudahpun berlalu dan kami di NR YuMmiE mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan.
Pelbagai reaksi dan jelas terpampang keriangan di wajah semua ibu yang kami temui dan kami amat gembira dan rasa terharu juga di atas layanan yang diberikan oleh semua ibu sewaktu menerima kunjungan kami.
Kini…pastinya semua ternanti-nanti, SIAPAKAH YANG LAYAK? untuk cabutan bertuah bagi pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan sempena dengan Hari Ibu. Tidak semua yang layak untuk memenangi hadiah cabutan bertuah ini kerana hanya pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan MUMMY SPECIAL saje yang layak untuk memenangi hadiah yang tersebut.
1. Pn. Rosnah (Simpang Pulai)
2. Dr. Liyana (Moscow)
3. Pn. Izzah (Ipoh)
4. Pn. Nurul Ifwah (Kuala Kangsar)
5. Cik Asnida (Setiawan)
6. En. Safrul (Kuala Terengganu)
7. Pn. Finyz (Taman Meru)
8. Cik Isza (Taman Meru)
9. Pn. Nurul Rodziah (Siputeh)
10. Cik Zarin (Kuala Lumpur)
11. Cik Muzairina (Kuala Lumpur)
Kami akan menyiarkan nama-nama pemenang hadiah cabutan bertuah ini pada 24hb Mei 2010.
Akhir kata daripada kami, terima kasih tidak terhingga sekali lagi kepada semua yang menyokong NR YuMmiE selama ini.
Salam hormat,








